Majlis Kerjasama Negara-Negara Teluk kutuk pembunuhan Ali

Astro Awani
Disember 5, 2017 07:14 MYT
Abdullatif Al-Zayani (gambar) juga menyeru agar pemberontak Houthi kembali ke meja rundingan. - Gambar fail
Majlis Kerjasama Negara-Negara Teluk yang bersidang di Kuwait mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan bekas presiden Yaman, Ali Abdullah Salleh.
Setiusaha Agungnya Abdullatif Al-Zayani menyifatkan tindakan yang diambil oleh pemberontak Houthi itu melampau dan wajar dikutuk.
Al Zayani dan Menteri Luar Kuwait Al Khalid Al Sabah juga menyeru agar pemberontak Houthi kembali ke meja rundingan.
Persidangan yang pada awalnya membincangkan sekatan ke atas negara Qatar itu terpaksa ditamatkan lebih awal bagi menyentuh perkembangan terbaharu di Yaman itu.
Pada Isnin, Ali dilaporkan terbunuh dalam pertempuran dengan militan Houthi di Sana'a, menurut stesen televisyen Al Arabiya yang memetik sumber dalaman parti Kongres Rakyat pimpinannya.
#Al Khalid #Al Zayani #Ali Abdullah Salleh #bunuh #Houthi #Kuwait #mati #menteri #Pembunuhan #presiden #Qatar #Yaman
;