Majlis angkat sumpah Chavez boleh ditangguh

Astro Awani
Januari 9, 2013 07:04 MYT
Mahkamah Agung Venezuela menegaskan, dari segi undang-undangnya, majlis angkat sumpah Presiden Hugo Chavez yang dijadualkan pada hari ini boleh ditangguhkan.
Menurut Presiden Mahkamah Agung Venezuela, Luisa Estella Morales ini kerana tidak wujud gangguan untuk beliau melaksanakan tanggungjawabnya biarpun ketidakhadirannya dalam majlis angkat sumpah.
Keputusan yang dibacakan Morales itu menyusul pada ketika timbulnya perdebatan hangat antara kerajaan dan pembangkang sama perlembagaan negara mengkhendaki Chavez untuk hadir pada majlis angkat sumpah tersebut.
Pemimpin-pemimpin pembangkang sebelum ini bertegas, Presiden Dewan Perhimpunan Kebangsaan seharusnya mengambil alih sebagai pemangku presiden sepanjang ketiadaan Chavez.
Mereka juga mendesak agar Mahkamah Agung melantik sekumpulan panel doktor untuk menentukan sama ada Chavez cukup cergas untuk terus memimpin Venezuela atau sebaliknya.
Kerajaan Venezuela dikecam hebat kerana gagal memberikan maklumat terperinci mengenai tahap kesihatan sebenar Chavez.
Hingga kini, tarikh baru untuk majlis angkat sumpah Chavez masih belum diketahui.
#Hugo Chavez #Luisa Estella Morales #Mahkamah Agung Venezuela #Presiden Dewan Perhimpunan Kebangsaan
;