Majikan durjana dan tidak berhati perut terima pembalasan
Sinar Harian
Oktober 5, 2018 12:27 MYT
Oktober 5, 2018 12:27 MYT
Seorang majikan tidak berhati perut menerima balasan apabila dihukum penjara selepas merakam pembantu rumahnya yang terjatuh dari tingkat tujuh tanpa memberi sebarang bantuan.
Menerusi video yang dirakam di Kuwait, mangsa dipercayai warga Ethopia, menjerit berulang kali meminta pertolongan daripada majikannya yang juga seorang wanita.
Dalam masa sama, majikan yang merakamkan insiden tersebut memanggil pembantu rumahnya 'gila' dan memberitahu supaya 'datang kembali'.
Wanita itu kini dipenjara selama setahun dan lapan bulan kerana merakamkan cubaan pembantu rumahnya menyelamatkan diri.
Polis Kuwait menahan wanita berkenaan kerana membuat rakaman terhadap pembantu rumahnya pada Mac tahun lalu.
Menurut laporan rt.com, wanita itu tidak berusaha untuk menyelamatkan pekerjanya yang berpaut pada tingkap.
Dalam kejadian itu, tangan pembantu rumah berkenaan yang berpaut pada tingkap terlepas sebelum terjatuh pada atap, sekali gus mengurangkan impak insiden.
Mangsa hanya mengalami patah tangan dan beberapa kecederaan ringan lain. - Mirror Online