Majikan digesa jangan abai kebajikan wanita - Reese Witherspoon
Agensi
Mac 9, 2018 10:21 MYT
Mac 9, 2018 10:21 MYT
Hari Wanita Antarabangsa yang disambut di Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi tahun ini mengangkat pelbagai isu penindasan dan langkah pemerkasaan golongan itu.
Pelakon hollywood Danai Gurira dan Reese Witherspoon berkongsi pandangan dan pengalaman masing-masing sempena sambutan tersebut.
Menurut Witherspoon semua pihak terutama majikan agar menitikberatkan soal kebajikan golongan wanita yang sering menjadi mangsa penindasan.
"Kami memutuskan bahawa pertama dan terpenting kami perlu membantu wanita yang dinafikan haknya di tempat kerja.
"Justeru menubuhkan Dana Undang-Undang Pertahanan Untuk Wanita dengan kerjasama Pusat Undang-undang Wanita Kebangsaan dan dalam 10 hari kami berjaya mengumpul AS$20 juta, itu luar biasa," jelasnya.
Tambahnya badan kebajikan terbabit yang ditubuhkan khusus untuk golongan itu telah membantu 1,500 wanita yang menghadapi masalah pekerjaan.