Mahu memikirkan krisis dunia? Hotel ini mempelawa anda menginap tanpa boleh tidur lena!
Agensi
Julai 2, 2022 09:00 MYT
Julai 2, 2022 09:00 MYT
DUA beradik kembar dari Switzerland, Frank dan Patrik Riklin telah mencetus dengan idea ‘aneh’, bagi pendapat kebanyakan orang.
Dia seniman itu telah menghasilkan instalasi seni yang dinamakan ‘hotel tanpa penarafan bintang’ di desa Saillon, Valais yang berada di selatan negara itu.
Reuters melaporkan, ‘bilik’ penginapan Null Stern Hotel (bermaksud hotel sifar bintang) itu sebenarnya hanyalah sebuah katil berkembar yang diletakkan di atas sebuah platform, seta di apit dua meja sisi dan lampu tidur.
Semuanya terbuka! Tanpa dinding, siling mahupun pintu untuk memeri privasi mahupun perlindungan, adik-beradik Riklin itu menyatakan bahaaa itulah peluang untuk penginap merenung tentang ancaman dan bahaya yang sedang dihadapi umat manusia.
Lebih ‘luar biasa’, penginapan itu ditempatkan di pinggir jalan, bersebelahan stesen petrol di desa berkenaan.
Mereka mendakwa, tujuan projek berkenaan adalah untuk membolehkan tetamu mereka memikirkan tentang masalah yang berlaku di seluruh dunia, seterusnya memberi inspirasi tentang tindakan yang perlu dilakukan.
Sebelum ini, adik-beradik Riklin pernah mencetuskan fenomena apabila menyediakan penginapan dengan konsep terbuka sebegitu di lokasi yang menyajikan pemandangan menakjubkan, namun kali ini mereka mencuba sesuatu yang bertentangan.
Menurut Frank, tidur bukan matlamat utama dalam pengalaman itu, sebaliknya ia suatu pernyataan atau kaedah untuk mencermin diri mengenai desakan perubahan segera dalam masyarakat.
Walaupun ketenangan waktu tidur terganggu, tetamu dipelawa berfikir dan membincangkan tentang topik seperti perubahan iklim, peperangan, pencarian manusia tentang kesempurnaan yang tidak berpenghujung, serta kmusnahan yang ditinggalkan di atas muka bumi.
Tambah Frank, jika manusia sedunia masih meneruskan cara kehidupan seperti sekarang ini, pada masa akan datang, memang tidak akan wujud tempat yang selesa untuk tidur.
Projek berkenaan mendapat kerjasama pakar bidang perhotelan, Daniel Charbonnier, yang juga memiliki penginapan tanpa penarafan bintang di lokasi-lokasi indah seperti di ladang anggur dan juga lereng bukit.
Penginapan adik-beradik Riklin itu turut didatangkan dengan perkhidmatan butler yang menawarkan penyediaan minuman dan sarapan. Tempahan mula dibuka pada 1 Julai sehingga 18 September dengan pengalaman tanpa tidur yang berharga 325 Swiss Francs (RM1,500).
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!