Mahmoud Abbas masuk hospital kali ketiga minggu ini
Reuters
Mei 20, 2018 22:36 MYT
Mei 20, 2018 22:36 MYT
Presiden Palestin Mahmoud Abbas dimasukkan ke hospital di Tebing Gaza buat kali ketiga minggu ini akibat mengalami komplikasi selepas menjalani pembedahan kecil pada minggu lalu.
Menurut pihak berkuasa Palestin, Abbas, 82, menjalani pembedahan di telinga pada Selasa.
Beliau dikejarkan ke hospital pada tengah malam Sabtu selepas tubuhnya mengalami perubahan suhu mendadak dan dinasihatkan doktor untuk terus menerima rawatan di hospital.
Sebelum itu pihak agensi berita Wafa mengeluarkan dua kenyataan berbeza pada Sabtu dan Ahad, yang pertama menyebut Abbas ke hospital bagi melakukan pemeriksaan selepas pembedahan di bahagian tengah telingan di hospital al-Istishari di Ramallah.
Keputusan ujian tidak menunjukkan sebarang komplikasi dan Abbas dibenar meninggalkan hospital.
Bagaimanapun kenyataan kedua menyebut Abbas dikejarkan semula ke hospital pada Ahad kerana suhu tubuh badannya yang meningkat secara mendadak menjadi punca kepada radang di dalam telinga gagal untuk pulih sepenuhnya.
Februari lalu Abbas dimasukkan ke sebuah hospital di Amerika Syarikat untuk pemeriksaan kesihatan semasa dalam lawatan ke Majlis Keselamatan United Nation di New York.
#Amerika Syarikat
#Gaza
#Mahmoud Abbas
#New York
#Palestin
#radang
#Ramallah
#telinga
#United Nation