Mahkamah Tinggi Perancis gantung pengharaman burkini

Agensi
Ogos 26, 2016 23:31 MYT
Mahkamah ketika membuat keputusan itu berpendapat pengharaman itu secara jelas melanggar hak kebebasan beragama dan individu. - Gambar fail
Mahkamah Tinggi Perancis menggantung pengharaman pemakaian burkini yang dilaksanakan di bandar French Riviera, Villeneuve-Loubet.
Mahkamah ketika membuat keputusan itu berpendapat pengharaman itu secara jelas melanggar hak kebebasan beragama dan individu.
Mahkamah bagaimanapun akan membuat pengesahan keputusan itu kemudian.
Bagaimanapun perintah tersebut boleh dijadikan kes awalan terhadap 30 bandar lain yang turut mengenakan larangan berkenaan.
Sementara itupertubuhan hak asasi Amnesty International dalam kenyataan memaklumkan, keputusan itu tepat pada masanya.
Malah menganggap tindakan mengharamkan pemakaian burkini tidak meningkatkan keselamatan umum sebaliknya hanya memalukan individu yang memakainya.
#burkini #Mahkamah Tinggi Perancis #Paris #Perancis
;