Mahkamah sahkan presiden Kenya Uhuru Kenyatta
Astro Awani
Mac 30, 2013 07:17 MYT
Mac 30, 2013 07:17 MYT
Mahkamah agung Kenya mengesahkan kemenangan Uhuru Kenyatta dalam pilihan raya presiden baru-baru ini.
Keputusan berkenaan meredakan kebimbangan kemungkinan berlakunya keganasan pasca pemilihan berkenaan diadakan.
Keputusan mahkamah yang dibuat pada Sabtu, membolehkan Kenyatta mengangkat sumpah sebagai presiden pada 9 april.
Bagaimanapun sebab keputusan berkenaan dibuat tidak dinyatakan.
Pada 4 Mac lalu keputusan rasmi menunjukkan Kenyatta memenangi 50.07 peratus undi menewaskan pesaingnya, Raila Odinga.
Odinga sebelum ini mengemukakan bantahan bahawa proses pilihan raya dicemari penyelewengan, termasuk lebih 330 ribu undi rosak.
Dakwanya, pertukaran alat pengenalan pengundi elektronik kepada manual sengaja dirancang bagi membolehkan jumlah undian kenyatta mmencapai lebih 50 peratus.
Tuduhan berkenaan bagaimanapun dinafikan oleh suruhanjaya pilihan raya dan pasukan peguan kenyatta.
Lebih 12 juta rakyat kenya menyertai pilihan raya baru-baru ini.
Kenyatta dan timbalan presiden, William Ruto berdepan dengan dakwaan mahkamah jenayah antarabangsa berikutan keganasan pasca pilihan raya pada 2007 yang mengakibatkan lebih 100 penduduk terkorban.
Sementara itu, keputusan berkenaan mencetuskan kemarahan penyokong Raili Odinga terutama di bandar kelahirannya, Kisumu.
Bantahan yang bertukar rusuhan menyebabkan polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata.
Insiden berkenaan meragut sekurang-kurangnya dua nyawa.