Mahkamah perlembagaan kekalkan keputusan pilihan raya Thailand

Astro Awani
Februari 12, 2014 19:46 MYT
Mahkamah perlembagaan Thailand menolak permohonan pembangkang untuk membatalkan keputusan pilihan raya 2 Februari lalu atas sebab alasan yang diberikan tidak cukup kukuh.
Parti demokrat sebelum ini mempertikai pilihan raya awal bulan itu dengan alasan ia mencabuli perlembagaan kerana tidak diadakan dalam hari yang sama.
Kerajaan bagaimanapun menegaskan kelewatan berpunca daripada tindakan pembangkang mengadakan sekatan di pusat pengundian.
Keputusan mahkamah diumum sehari selepas suruhanjaya pilihan raya Thailand menetapkan April depan sebagai tarikh pengundian baru untuk 21 daerah.
Pengundian sebelum ini terpaksa dibatalkan kerana protes anti kerajaan.
Biarpun sudah melaksanakan tuntutan kumpulan anti kerajaan untuk mengadakan pilihan raya semula, konflik politik Thailand tidak nampak tanda akan berakhir.
Protes mula tercetus November lalu gara-gara hasrat perdana menteri Yingluck Shinawatra memperkenalkan undang-undang pengampunan yang didakwa bertujuan membolehkan kepulangan abangnya, Thaksin ke Thailand.
#pilihan raya #protes #Thailand #Yingluck Shinawatra
;