Mahkamah Moscow denda TikTok US$28,600 gagal turunkan kandungan terlarang

Bernama
Disember 27, 2024 07:15 MYT
Tik Tok Pte Ltd didapati bersalah atas kesalahan pentadbiran di bawah Bahagian 2 Artikel 13.41 Kod Kesalahan Pentadbiran Rusia.
MOSCOW: Mahkamah Daerah Tagansky di Moscow mengenakan denda 3 juta rubel (US$28,600) terhadap TikTok kerana enggan menurunkan kandungan terlarang, menurut mahkamah itu kepada RIA Novosti pada Jumaat.
"Melalui keputusan mahkamah, Tik Tok Pte Ltd didapati bersalah atas kesalahan pentadbiran di bawah Bahagian 2 Artikel 13.41 Kod Kesalahan Pentadbiran Rusia (Pelanggaran prosedur bagi menghadkan akses kepada maklumat, sumber maklumat, dan/atau memadamkan maklumat yang mesti disekat mengikut undang-undang Rusia mengenai maklumat, teknologi maklumat dan perlindungan maklumat)," menurut kenyataan mahkamah.
Susulan itu, mahkamah mengenakan penalti pentadbiran dalam bentuk denda sebanyak 3 juta rubel.
-- BERNAMA
#Moscow #TikTok #kandungan terlarang #denda
;