Mahkamah Korea Selatan kekal keputusan pemecatan Presiden Park Geun Hye

Agensi
Mac 10, 2017 10:42 MYT
Antara aksi penyokong Park Geun Hye sebelum mahkamah Korea Selatan kekalkan keputusan memecat Park Geun Hye pada Jumaat. - Reuters
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan mengekalkan keputusan pemecatan Presiden Park Geun Hye pada Jumaat, sekali gus menggugurkannya dari jawatan rasmi berikutan skandal salah guna kuasa dan rasuah.
Selama berbulan-bulan, skandal yang turut mengheret penglibatan rangkaian perniagaan besar itu telah mencetuskan kontroversi dalam landskap politik negara itu, hingga memaksa ratusan ribu rakyatnya menunjuk perasaan di jalanan.
Park menjadi pemimpin Korea Selatan secara lantikan demokrasi yang pertama dipecat dari jawatan rasmi tersebut. Sebuah pilihan raya presiden bakal dilangsungkan dalam masa 60 hari, mengikut perlembagaan negara tersebut.
BERITA BERKAITAN:
BACA: Presiden Korea Selatan serah urusan pendakwaan skandal kepada peguamnya
BACA: Dua eksekutif Samsung disiasat dalam skandal rasuah Presiden Korea Selatan
BACA: Geledah Blue House: Pendakwa raya minta campur tangan pemangku presiden Korea Selatan
#Korea Selatan #mahkamah #Park Geun Hye #pilihan raya #politik #presiden #Rasuah
;