Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah: Rusia bersalah langgar hak asasi manusia di Ukraine

Bernama
Jun 25, 2024 22:47 MYT
Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah pada Selasa mendapati Rusia melakukan pelanggaran hak asasi manusia di Semenanjung Crimea, Ukraine, yang diduduki Moscow secara melanggar undang-undang antarabangsa pada 2014. - Foto REUTERS
BRUSSELS: Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah pada Selasa mendapati Rusia melakukan pelanggaran hak asasi manusia di Semenanjung Crimea, Ukraine, yang diduduki Moscow secara melanggar undang-undang antarabangsa pada 2014, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Sebelum ini Ukraine telah memfailkan aduan kepada mahkamah di Strasbourg itu.
Aduan Ukraine termasuk penahanan yang tidak sah, layanan buruk terhadap orang awam, dan penindasan media Ukraine serta bahasa Ukraine di sekolah-sekolah.
Rusia tidak mengiktiraf keputusan mahkamah itu.
-- BERNAMA
#Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah #Rusia #Semenanjung Crimea #Ukraine
;