Mahkamah EU arah label produk makanan Israel
Sinar Harian
November 13, 2019 07:15 MYT
November 13, 2019 07:15 MYT
Mahkamah Keadilan Eropah (ECJ) pada rabu mengarahkan negara anggota Kesatuan Eropah (EU) supaya melabelkan produk makanan dari penempatan haram Yahudi di Israel.
Selain itu, negara blok berkenaan perlu mewajibkan peruncit supaya meletakkan produk terbabit dengan label khas untuk mengelakkan kekeliruan pengguna.
Jelasnya, langkah melabel kesemua produk dari Israel itu bukan hanya membolehkan pengguna di EU membuat pertimbangan etika tentang pematuhan undang-undang antarabangsa.
Mahkamah juga menyatakan tentang peraturan EU berhubung melabel asal produk bagi membolehkan pengguna untuk membuat pilihan berkaitan kesihatan, ekonomi, alam sekitar dan sosial.
Kes tersebut dikemukakan kepada mahkamah selepas sebuah kilang pembuat wain di kawasan penempatan haram berhampiran Baitulmaqdis mencabar permohonan dikemukakan Perancis tentang keputusan ECJ sebelum ini yang menyokong penggunaan label asal, namun ia tidak menjadikannya terikat secara sah.
#EU
#kekeliruan pengguna
#Kesatuan Eropah
#label khas
#label produk makanan
#Mahkamah Keadilan Eropah
#pematuhan undang-undang antarabangsa
#penempatan haram Yahudi