Mahkamah benarkan Imran Khan diikat jamin dalam kes rasuah, keluarkan perintah pembebasannya

Bernama
November 20, 2024 21:21 MYT
Khan bersama isterinya Bushra Bibi, dituduh melakukan pembelian dan penjualan hadiah asing secara tidak sah. - Gambar fail/AP
KARACHI: Sebuah mahkamah tinggi Pakistan pada Rabu membenarkan bekas Perdana Menteri Imran Khan yang sedang dipenjarakan atas tuduhan rasuah diikat jamin dan mengeluarkan perintah pembebasannya, lapor Agensi Anadolu (AA) berdasarkan rekod mahkamah.
Khan bersama isterinya Bushra Bibi, dituduh melakukan pembelian dan penjualan hadiah asing secara tidak sah.
Kedua-duanya menafikan tuduhan itu.
Bushra Bibi telah dibebaskan dengan jaminan dalam kes ini.
Walaupun perintah membebaskan beliau dengan jaminan mahkamah dikeluarkan, masih belum jelas sama ada bekas perdana menteri itu akan dibebaskan memandangkan beliau juga dikehendaki dalam beberapa kes lain yang melibatkan tuduhan rasuah hingga keganasan.
-- BERNAMA
#Mahkamah Tinggi #Pakistan #Imran Khan #ikat jamin kes rasuah
;