MEXICO CITY: Mahkamah Agung Brazil menolak permohonan peguam bela bekas Presiden Jair Bolsonaro supaya pasport anak guamnya yang dirampas bulan lepas semasa siasatan dakwaan satu plot rampasan kuasa, dipulangkan supaya beliau boleh melawat Israel, lapor Sputnik yang memetik laporan media tempatan.
Pasport Bolsonaro dirampas Februari lepas semasa serbuan polis untuk menyiasat sama ada beliau dan golongan dalamannya merancang satu rampasan kuasa supaya beliau boleh kekal berkuasa selepas tewas dalam pilihan raya 2022, kata portal berita G1 pada Jumaat.
Awal bulan ini, pasukan pembelaan Bolsonaro memohon di mahkamah tertinggi Brazil itu untuk mendapatkan kebenaran kepada lawatan beliau ke Israel dari 12 hingga 18 Mei atas jemputan Perdana Menterinya Benjamin Netanyahu.
Hakim Mahkamah Agung Alexandre de Moraes menolak permohonan itu pada Khamis dan berkata kekangan itu adalah "perlu dan sesuai " ketika siasatan masih berjalan, menurut laporan media itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 30 2024
Pasport Bolsonaro dirampas Februari lalu semasa serbuan polis untuk menyiasat sama ada beliau dan golongan dalamannya merancang rampasan kuasa. - Facebook Jair Messias Bolsonaro
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bekas Presiden Brazil protes, mahu rampasan kuasa tentera
Demonstrasi diadakan selepas beliau menjadi sasaran serbuan polis awal bulan ini susulan siasatan atas dakwaan cuba melakukan rampasan kuasa.
Mahkamah Agung Brazil perintah bekas presiden Bolsonaro serah pasport
Mahkamah Agung Persekutuan (STF) Brazil pada Khamis memerintahkan bekas Presiden Jair Bolsonaro menyerahkan pasport.
Bolsonaro sekali lagi dilucut hak bertanding pilihan raya
Bolsonaro tidak dibenarkan untuk bertanding dalam pilihan raya sehingga 2030.
Ringgit mata wang paling lemah di Asia tahun ini
Ringgit mencatatkan penurunan hampir enam peratus pada separuh pertama 2023 sekali gus mendahului kejatuhan dalam kalangan mata wang negara Asia.
Bekas Presiden Brazil dilarang bertanding pilihan raya
Panel hakim mahkamah Brazil sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati beliau telah menyalahgunakan kuasanya.
Hakim Mahkamah Agung Brazil arah kem penyokong Bolsonaro dimusnahkan
Alexandre de Moraes mengarahkan pihak polis menangkap mana-mana peserta penunjuk perasaan yang masih berada di jalanan.
Lula da Silva angkat sumpah Presiden Brazil
Dalam ucapannya, beliau menyifatkan pesta demokrasi yang diadakan membuktikan pilihan rakyat.
Bolsonaro tidak iktiraf keputusan pilihan raya umum Brazil
Walaupun kalah tipis, Bolsonaro berkata beliau akan terus mengikut keluhuran perlembagaan undang-undang negara.
Pilihan raya Presiden Brazil: Lula da Silva menang tipis ke atas Bolsonaro
Lula da Silva meraih 50.8 peratus undi berbanding Bolsonaro 49.2 peratus setelah 98.8 peratus pengundian dikira.
Presiden Brazil sah enggan terima vaksin COVID-19
Sejak dijangkiti pada Julai 2020, Bolsonaro sering mendakwa beliau mempunyai antibodi yang tinggi untuk melawan virus tersebut.