Mahkamah Agung Brazil perintah bekas presiden Bolsonaro serah pasport
Bernama
Februari 9, 2024 14:35 MYT
Februari 9, 2024 14:35 MYT
BRASILIA: Mahkamah Agung Persekutuan (STF) Brazil pada Khamis memerintahkan bekas presiden Jair Bolsonaro menyerahkan pasport ketika siasatan berhubung dakwaan penglibatannya dalam cubaan rampasan kuasa sedang berlangsung.
Bolsonaro mempunyai 24 jam untuk mematuhi perintah itu.
Beliau merupakan antara beberapa pegawai berprofil tinggi yang disiasat berkaitan serangan ganas ke atas ibu negara Brazil pada 8 Jan 2023, tidak lama selepas Bolsonaro kalah dalam pemilihan semula.
Perintah mahkamah itu adalah sebahagian daripada Operasi Tempus Veritatis (Hour of Truth) yang dilancarkan pada Khamis oleh Polis Persekutuan.
Pembantu kanan Bolsonaro, termasuk pegawai tentera dengan 33 waran tangkap dan empat perintah penahanan pencegahan turut tersenarai, menurut media tempatan.
Operasi itu dibuat selepas bekas setiausaha peribadi Bolsonaro, Leftenan Kolonel Mauro Cid menandatangani perjanjian kerjasama dengan Polis Persekutuan.
-- BERNAMA