Mahkamah Agung AS benarkan sekatan perjalanan ke atas enam negara Islam

Agensi
Disember 4, 2017 05:56 MYT
Larangan itu dikenakan kepada pelancong dari Chad, Iran, Libya, Somalia, Syria dan Yaman. -Gambar hiasan/Reuters
Mahkamah Agung membenarkan pentadbiran Donald Trump untuk melaksanakan sepenuhnya larangan perjalanan membabitkan warganegara dari enam negara dengan majoriti warga Islam untuk memasuki Amerika Syarikat pada Isnin.
Larangan itu dikenakan kepada pelancong dari Chad, Iran, Libya, Somalia, Syria dan Yaman.
Kebenaran terbaharu daripada Mahkamah Agung itu akan dibawa ke Mahkamah Rayuan yang berpangkalan di San Francisco minggu ini
Resolusi oleh Mahkamah Rayuan akan membolehkan Mahkamah Agung mendengar semula dan memutuskan isu tersebut pada akhir Jun.
#Amerika Syarikat #Donald Trump #Iran #Islam #larang #Libya #mahkamah #Mahkamah Rayuan #pelancong #sekat #Syria
;