Maghribi tolak sebarang normalisasi dengan Israel

Agensi
Ogos 23, 2020 07:11 MYT
Maghribi menolak normalisasi dengan Israel kerana ia akan mendorong rejim zionis itu melakukan sewenang-wenangnya kepada Palestin. -Foto Twitter \ EL OTMANI Saad dine
Perdana Menteri Maghribi, Saad Dine El Otmani menolak sebarang normalisasi hubungan dengan Israel.
Menurut Saad Dine, pihaknya menolak kerana ia akan mendorong rejim zionis itu melakukan sewenang-wenangnya dalam melanggar hak rakyat Palestin.
Beliau berkata demikian dalam ucapan di hadapan parti PJD pada Ahad menjelang lawatan penasihat kanan dan menantu kepada Presiden Donald Trump ke wilayah itu.
Amerika Syarikat (AS) merupakan penaja kepada normalisasi hubungan antara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Israel yang diumumkan dua minggu lepas.
Maghribi kekal menyokong penyelesaian dua negara dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu kota negara Palestin.
Maghribi dan Israel memulakan hubungan peringkat rendah pada 1993 setelah perjanjian damai Israel Palestin dicapai.
Bagaimanapun, Rabat menghentikan hubungan dengan rejim zionis itu selepas pemberontakan Palestin pada tahun 2000.
#Amerika Syarikat #Donald Trump #Emiriah Arab Bersatu #Israel #menteri #Perdana Menteri #Perdana Menteri Maghribi Saad Dine El Otmani #presiden #rakyat #UAE #Zionis
;