Maghribi bakal anjur Perhimpunan Agung ke-93 Interpol

Bernama
Disember 2, 2023 21:06 MYT
Pemilihan Maghribi sebagai tuan rumah dibuat pada Mesyuarat Agung ke-91 Interpol di Austria pada Jumaat. - Gambar fail
VIENNA: Maghribi bakal menjadi tuan rumah Perhimpunan Agung ke-93 Interpol yang akan diadakan di Marrakech pada 2025.
Pemilihan Maghribi sebagai tuan rumah dibuat pada Mesyuarat Agung ke-91 Interpol di Austria pada Jumaat, menurut Agensi Berita Maghribi (MAP).
Sambil menyampaikan penghargaan atas pemilihan itu, Ketua Pengarah Keselamatan Negara dan Pengawasan Wilayah Abdellatif Hammouchi berkata Maghribi komited untuk mengukuhkan usaha antarabangsa memerangi keganasan dan jenayah rentas sempadan.
Hammouchi berkata Maghribi bersedia untuk menjadi tuan rumah forum keselamatan terkemuka itu dan sentiasa menyokong usaha Interpol dan negara-negara ahli mempromosikan keselamatan dan kestabilan dunia.
Pemilihan Maghribi mencerminkan imej dan kejayaan positif negara itu dalam bidang keselamatan di peringkat serantau dan antarabangsa, menurut MAP.
-- BERNAMA
#Maghribi #perhimpunan agung #Interpol #jenayah rentas sempadan
;