Madonna 'bikin panas' di Eurovision, alih kontroversi untuk bawa mesej damai Israel-Palestin

Asyraf Roslan
Mei 20, 2019 08:49 MYT
Madonna melalui status di Twitternya, menyatakan bahawa dia amat bersyukur kerana di beri peluang untuk menyampaikan mesej positif kepada dunia - Gambar www.billboard.com
NEGARA Belanda mungkin telah berjaya memenangi pertandingan nyanyian Eurovision 2019 yang telah berlangsung di Tel Aviv, Israel hujung minggu lalu.
Namun apa yang menarik perhatian adalah mesej politik yang telah disampaikan oleh penyanyi pop terkenal Madonna.
Pada malam itu Madonna telah menyampaikan dua lagu termasuk lagu terbaharunya, Future bersama dengan anggota kumpulan Migos, Quavo dan pada penutup persembahan tersebut penyanyi itu 'bikin gempar' dengan mencetuskan kontroversi.
Mana tidaknya, persembahan pada malam itu diakhiri dengan memperlihatkan dua orang penari latar Madonna memakai bendera Palestin dan Israel yang ditampal pada belakang baju mereka.
Apa yang menariknya lagi kedua-dua penyanyi latar tersebut telah berjalan seiringan sambil berpegang tangan seperti menunjukkan simbol perdamaian.

Madonna closes her #Eurovision performance of "Future" with a political statement. Two dancers wearing Israel and Palestine flags walk with their arms around each other into the distance. pic.twitter.com/3Uy3BAHVa3

— David Friend (@dfriend) May 18, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut Madonna melalui status di Twitternya, dia amat bersyukur kerana diberi peluang untuk menyampaikan mesej positif kepada dunia.
"Saya sangat bersyukur kerana dapat menyampaikan mesej yang positif ini kepada dunia," katanya di Twitter pada Ahad.

Madame is a freedom fighter................I am grateful. For the opportunity to spread the message of peace and unity with the world. . #future #madamex #quavohuncho pic.twitter.com/UdMdbePB0L

— Madonna (@Madonna) May 19, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada pertandingan tersebut bukan sahaja Madonna yang menyampaikan mesej perdamaian malah kumpulan dari Iceland, Hatari turut kelihatan memegang bendera Palestin semasa pertandingan tersebut.

Iceland with Palestine flag in #Eurovision which is happening in Israel pic.twitter.com/RyHnbwXLYE

— Kriks (@krikOrianm) May 18, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ketua Pegawai Eksekutif Kesatuan Penyiaran Eropah (EBU), Eldad Koblenz dalam reaksinya memaklumkan bahawa kumpulan dari negara Iceland itu akan dikenakan hukuman kerana telah melanggar peraturan.
Sebelum ini, Madonna telah dikecam hebat gara-gara bersetuju membuat persembahan di pertandingan tersebut.
Kebanyakan daripada mereka meminta supaya Madonna tidak melakukan persembahan dan memboikot pertandingan berkenaan kerana negara Yahudi itu berkali-kali melanggar hak asasi manusia serta meminta penyanyi berusia 60 tahun itu mengenang nasib menimpa rakyat Palestin yang hidup merana kerana Israel.

.@Madonna Don't let your music cover up injustice. Cancel your @Eurovision performance in Tel Aviv. Stand with us on the right side of history to create a better world for all. #MadonnaDontGo #BoycottEurovision2019 pic.twitter.com/xdZvoZ8SUT

— Myriam (@2001_coppin) April 9, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Belanda #Eurovision #Hatari #Israel #Madonna #Migos #politik #protes #Quavo #rakyat
;