Macron ingatkan Netanyahu ‘terlalu ramai orang awam terbunuh’ di Gaza

Astro Awani
November 19, 2023 06:45 MYT
Presiden Perancis, Emmanuel Macron (kiri) telah menghubungi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan mengingatkannya bahawa sudah "terlalu ramai orang awam yang terbunuh" dalam perang Israel dengan Hamas.
PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron telah menghubungi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan mengingatkannya bahawa sudah "terlalu ramai orang awam yang terbunuh" dalam perang Israel dengan Hamas.
Macron menegaskan, apa yang benar-benar perlu dilakukan Israel ketika ini ialah “membezakan antara pengganas dengan orang awam.”
Pemimpin Perancis itu juga berhubung dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dengan tegas mengutuk keganasan yang berlaku di Tebing Barat.
Sebelum ini, Macron dalam wawancara dengan BBC menggesa Israel agar berhenti daripada membunuh wanita dan kanak-kanak.
#Perang Palestin-Israel #Emmanuel Macron #Benjamin Netanyahu #orang awam terbunuh
;