Macron akan sertai forum APEC di Bangkok - Kementerian Luar Thailand

Bernama
Oktober 5, 2022 17:25 MYT
Perdana Menteri Perancis, Emmanuel Macron mengesahkan penyertaannya pada mesyuarat tahunan pemimpin ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Bangkok dari 18 hingga 19 Nov. - Gambar fail AP
BANGKOK: Perdana Menteri Perancis, Emmanuel Macron mengesahkan penyertaannya pada mesyuarat tahunan pemimpin ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Bangkok dari 18 hingga 19 Nov.
"Presiden Perancis itu mengesahkan secara rasmi penyertaannya (dalam forum itu) sebagai tetamu khas Perdana Menteri Thailand (Prayut Chan-o-Cha), ketua negara tuan rumah forum APEC 2022 di Bangkok," lapor Sputnik memetik jurucakap Kementerian Luar Thailand pada Rabu.
Thailand mempengerusikan sidang kemuncak kerjasama itu tahun ini.
APEC kini meliputi 21 ekonomi atau lebih tepat 19 negara dan dua wilayah.
Negara berkenaan ialah Australia, Brunei, Vietnam, Indonesia, Kanada, China, Korea Selatan, Malaysia, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Rusia, Singapura, Amerika Syarikat (AS), Thailand, Filipina, Chile dan Jepun, selain wilayah China - Hong Kong dan Taiwan.
Kebanyakan negara anggota APEC sudah pun mengesahkan penyertaan mereka.
Sebilangan negara termasuk AS belum memutuskan wakil yang akan hadir, ekoran jadual ketat pegawai kanan masing-masing yang juga dijangkakan menghadiri sidang kemuncak G20 di Bali Indonesia dari 15 hingga 16 Nov. - BERNAMA
#Perdana Menteri Perancis #Emmanuel Macron #APEC #APEC Thailand
;