Macron adakan mesyuarat tergempar susulan rusuhan di Perancis

Bernama
Jun 30, 2023 19:15 MYT
Rusuhan meletus tiga malam berturut-turut di Paris serta bandar-bandar lain berikutan kematian seorang remaja lelaki berusia 17 tahun semasa pemeriksaan polis. - Gambar fail/AP
PARIS: Presiden Perancis Emmanuel Macron dijadual mengadakan mesyuarat tergempar ekoran rusuhan yang berterusan akibat kejadian polis menembak mati seorang remaja pada tiga hari lalu, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Pasukan krisis antara kementerian akan bermesyuarat pada Jumaat jam 1 petang (1100 GMT) waktu tempatan. Macron ketika itu masih menghadiri sidang kemuncak Kesatuan Eropah (EU) di Brussels pada pagi Jumaat.
Rusuhan meletus tiga malam berturut-turut di Paris serta bandar-bandar lain berikutan kematian seorang remaja lelaki berusia 17 tahun semasa pemeriksaan polis.
Menurut Kementerian Dalam Negeri, seramai 667 orang telah ditahan manakala 249 pegawai polis cedera semasa kejadian.
Kira-kira 40,000 pegawai polis dikerah untuk menangani rusuhan pada petang Khamis.
-- BERNAMA
#sidang kemuncak EU #pemeriksaan polis #remaja lelaki #rusuhan
;