Lukman Hakim dipilih SBY sebagai Menteri Agama yang baru

Fuad Misbah
Jun 7, 2014 08:31 MYT
Lukman Hakim menjadi anggota Parlimen Indonesia sejak 1997 dan berpengalaman bekerja di pelbagai suruhanjaya, termasuk Suruhanjaya Agama Indonesia. - Foto MPR Indonesia
Timbalan Ketua Umum Parti Persatuan Pembangunan (PPP), Lukman Hakim Saifuddin pada Jumaat secara rasmi dinamakan sebagai Menteri Hal Ehwal Agama Indonesia yang baharu.
Pemilihan beliau dipersetujui oleh Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono.
Lukman mengakui, pemilihan beliau sebagai Menteri Agama yang menggantikan Suryadharma Ali adalah satu tanggungjawab yang berat yang harus dipikul beliau di dalam satu jangka waktu yang pendek.
"Ini adalah satu kepercayaan dan tanggungjawab yang berat dan waktunya juga tidak panjang," kata beliau seperti dilaporkan oleh portal berita Kompas.com.
Pelantikan rasmi dibuat pada Isnin depan oleh Susilo.
Lukman menggantikan Suryadharma Ali sebagai Menteri Hal Ehwal Agama Indonesia ekoran Ketua Umum PPP itu dikaitkan dengan skandal penyelewengan dana wang simpanan bakal jemaah haji.
Jawatan itu sekarang dipangku oleh Menteri Koordinator Kesejahteraan Rakyat, Agung Laksono.
#Haji #Lukman Hakim Saifuddin #penyelewengan dana #Suryadharma Ali
;