Lukisan 'Pulau di Tasik Attersee' dilelong pada harga AS$53 juta
Bernama
Mei 18, 2023 19:47 MYT
Mei 18, 2023 19:47 MYT
NEW YORK: Lukisan pelukis terkenal Austria Gustav Klimt berjaya dilelong pada harga AS$53.2 juta pada acara lelongan musim bunga tahunan New York, lapor berita Jerman agensi (dpa).
Karya awal abad ke-20 Insel im Attersee ("Pulau di Tasik Attersee") berjaya dibida pengumpul dari Jepun dengan harga AS$53.2 juta, rumah lelong Sotheby's mengumumkan pada Khamis.
Ia dijual selepas bidaan berlangsung selama tujuh minit, menurut rumah lelong itu.
Lukisan L'Empire des lumieres oleh surrealist Belgium Rene Magritte (1898-1967) turut dijual pada harga yang tinggi iaitu AS$42.3 juta.
Secara keseluruhannya, lelongan Sotheby's pada petang Rabu mengaut sekitar AS$427 juta.
-- BERNAMA