Lukisan dicuri dari Galeri Negara Tretyakov Rusia ditemui semula

Bernama
Januari 28, 2019 21:09 MYT
Gambar dari video yang menunjukkan seorang lelaki membawa pergi lukisan Arkhip Kuindzhi di tengah orang ramai di Galeri Negara Tretyakov Rusia di Moscow, 28 Jan, 2019. REUTERS
Lukisan 'Ai Petri Crimea', yang dicuri dari Galeri Negara Tretyakov Rusia pada Ahad petang berjaya ditemui semula, kata Kementerian Dalam Negeri pada Isnin.
Seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan kerana didakwa mempunyai kaitan dengan kecurian itu, lapor agensi berita Xinhua.
Lelaki itu ditahan di Kampung Zarechye di wilayah Moscow, kata jurucakap kementerian Irina Volk.
Suspek kemudian memaklumkan kepada polis tempat lukisan terbabit disembunyikan iaitu di sebuah bangunan sedang dalam pembinaan di wilayah Odintsovsky.
Anggaran harga lukisan nukilan pelukis terkenal Rusia Arkhip Kuindzhi itu ialah US$1 juta.
-- BERNAMA
#Arkhip Kuindzhi #Galeri Negara #Irina Volk #kecurian #Kementerian Dalam Negeri #lukisan #Moscow #polis #Rusia