Luis Arce angkat sumpah sebagai Presiden Bolivia
Astro Awani
November 8, 2020 07:34 MYT
November 8, 2020 07:34 MYT
BOLIVIA: Presiden Bolivia yang baharu, Luis Arce mengangkat sumpah jawatan di Kongres pada Ahad di La Paz.
Acara angkat sumpah itu turut dihadiri Raja Sepanyol VI, Presiden Argentina, Alberto Fernández, dan Presiden Colombia, Ivan Duque.
Arce yang sebelum ini merupakan Menteri Ekonomi sejak belasan tahun di bawah pentadbiran bekas Presiden Evo Morales, menang dengan 55 peratus undi.
Kemenangannya berlaku ketika keadaan eksport mineral negara itu melambung tinggi dan kadar kemiskinan menurun secara mendadak.
Arce juga nafi kerajaan pimpinannya dibayangi Morales, yang sebelum ditolak rakyat kerana pentadbiran yang autokratik.
Presiden baharu itu juga akan berdepan cabaran ekonomi dan krisis sosial, kesan pandemik COVID-19.
Dalam pada itu, kumpulan penyokong pembangkang turut melakukan protes jalanan susulan kemenangan Arce dan kerajaan baharunya.
#Presiden Bolivia
#Luis Arce
#angkat sumpah jawatan
#la paz
#Raja Sepanyol VI
#Alberto Fernandez
#Ivan Duque
#Evo Morales