Lufthansa batal lebih banyak penerbangan ke Timur Tengah

Bernama
Ogos 19, 2024 20:17 MYT
Lufthansa menawarkan pembatalan percuma kepada pelancong dengan tiket sehingga 31 Ogos. - Gambar fail/AP
FRANKFURT: Disebabkan situasi tidak menentu yang berterusan di Timur Tengah, Kumpulan Lufthansa telah membatalkan lebih banyak penerbangan ke rantau itu, menurut laporan Agensi Berita Jerman (dpa).
Semua penerbangan ke dan dari Tel Aviv, Tehran, Beirut, Amman dan Erbil di wilayah Kurdistan, Iraq akan terus digantung sehingga Isnin depan, 26 Ogos, syarikat itu mengumumkan di Frankfurt.
Sehingga tarikh itu, syarikat penerbangan dalam kumpulan berkenaan juga akan mengelak menggunakan ruang udara Iraq dan Iran.
Penghentian penerbangan sebelum ini berkuat kuasa sehingga Rabu.
Sebab larangan itu ialah ketegangan antara Israel dan Iran, yang dikhuatiri berpotensi membawa kepada perang yang lebih luas jauh di luar Semenanjung Gaza.
Lufthansa menawarkan pembatalan percuma kepada pelancong dengan tiket sehingga 31 Ogos.
Sekatan penerbangan terpakai kepada semua syarikat penerbangan dalam kumpulan tersebut dan kepada kedua-dua pesawat kargo dan penumpang, tanpa sebarang pengecualian atau perbezaan.
Selain daripada syarikat induk, Kumpulan Lufthansa termasuk Swiss, Austrian, Brussels Airlines dan Eurowings.
-- BERNAMA
#Lufthansa #pelancong #Israel #perang
;