Lubnan kembalikan 337 artifak kepada Iraq

Astro Awani
Februari 7, 2022 09:00 MYT
Batu bersurat Iraq dipamerkan di antara bendera Lubnan dan Iraq dalam satu majlis di Muzium Negara Beirut pada 6 Feb 2022. -AP
BEIRUT: Lubnan mengembalikan 337 artifak kepada Iraq selepas berada di negara itu selama bertahun-tahun lamanya berikutan aktiviti penyeludupan.
Untuk tujuan itu, Menteri Kebudayaan Lubnan menyerahkan artifak tersebut kepada Duta Iraq dalam satu majlis di muzium negara di sini.
Sebelum dikembalikan, barangan antik itu disimpan di Muzium Nabu di utara Lubnan.
Duta Besar Iraq turut memuji semangat persaudaraan di antara kedua-dua negara.
Barangan antik itu dirompak ketika perang dan ketidakstabilan negara sejak pencerobohan pimpinan Amerika Syarikat pada 2003 yang menggulingkan Saddam Hussein.
Kerajaan Iraq kemudiannya secara perlahan-lahan berusaha memulihkan barangan antik yang dirompak.
Di sebalik itu, tapak arkeologi di seluruh negara dilaporkan terbiar kerana kekurangan dana.
#Artifak #Iraq #lubnan #Saddam Hussein
;