Lubang pada enjin, pesawat China Eastern Airlines mendarat cemas

Agensi
Jun 12, 2017 10:20 MYT
Sebuah pesawat China Eastern yang dijadualkan ke Shanghai terpaksa patah balik ke Lapangan Terbang Sydney dan telah melakukan pendaratan cemas berikutan masalah enjin.
Sebuah pesawat China Eastern Airlines yang dijadualkan ke Shanghai terpaksa patah balik ke Lapangan Terbang Sydney dan melakukan pendaratan cemas berikutan masalah enjin.
Menurut Pengurus Besar China Eastern Airlines Kathy Zhang, pesawat jenis A330 Airbus berjaya mendarat dengan selamat dan tiada sebarang kecederaan dilapor dalam kejadian pada Ahad.
“Anak kapal mendapati sesuatu yang tidak normal pada enjin sebelah kiri dan mengambil keputusan untuk kembali ke Lapangan Terbang Sydney serta-merta.
"Semua penumpang dan anak kapal telah mendarat dengan selamat," katanya.
Berdasarkan gambar yang disiarkan oleh beberapa media Australia, badan enjin kiri pesawat itu dilihat mengalami kerosakan.
Ia bagaikan satu 'lubang' besar.

China Eastern MU736 Sydney-Shanghai safely returned to SYD after left engine failure. pic.twitter.com/edKRGQCcB6

— ChinaAviationReview (@ChinaAvReview) June 11, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Biro Keselamatan Pengangkutan Australia kini sedang menyiasat kejadian itu.
#China Eastern Airlines #patah balik #penerbangan #Sydney
;