Lori tangki meletup di lebuh raya Itali, 2 maut, 70 cedera

Astro Awani
Ogos 6, 2018 05:31 MYT
Pandangan dari udara keadaan di sebatang lebuh raya susulan kemalangan yang berlaku di pinggir Bologna, Itali, 6 Ogos, 2018. Bomba Itali / REUTERS
Dua dilaporkan maut dan sekurang-kurangnya 70 orang cedera dalam kebakaran yang berlaku susulan satu insiden nahas jalan raya di daerah Borgo Panigale dalam bandaraya Bologna di Itali pada Isnin.
Kejadian berlaku apabila sebuah lori tangki yang membawa gas mudah terbakar meletup selepas melanggar belakang sebuah trak yang berhenti di tengah lebuh raya yang sesak dengan trafik.
Menurut polis, kemalangan yang menyaksikan beberapa letupan dan ledakan api besar itu mengakibatkan mangsa cedera terkena serpihan objek yang melayang.
Kira-kira 10 kereta dipercayai meletup.
Tingkap beberapa buah rumah di kawasan itu turut pecah.
Kepanasan melampau akibat kebakaran menyebabkan anggota bomba berdepan kesukaran untuk memadamkan api.
#Bologna #gas #Itali #kemalangan #letupan #Lori #maut #trak
;