Long COVID: Isu global untuk pesakit dan sistem kesihatan - Kajian

Astro Awani
Februari 18, 2022 07:45 MYT
Long COVID didapati meninggalkan kesan besar terhadap individu terjejas. - Foto fail/REUTERS
LONDON: Pemahaman terkini mengenai penyakit Long COVID dan pilihan untuk merawatnya merupakan isu jangka panjang bagi sistem kesihatan global.
Perkara itu dimaklumkan penyelidik United Kingdom diketuai Universiti Oxford selepas mengkaji kesan penyakit Long COVID.
Kajian berkenaan diterbitkan di dalam European Heart Journal untuk melihat kesan langsung jangkitan koronavirus.
Ini termasuk keadaan jantung yang teruk dan kesan jangka panjang seperti keletihan serta kesejahteraan mental.
Penyelidik dari Royal Brompton and Harefield Clinical Group, Thomas Luscher berkata, Long COVID meninggalkan kesan besar terhadap individu terjejas.
Selain itu, ia mempunyai kepentingan sosial dan ekonomi kerana ia membawa kepada tidak hadir bekerja, penurunan prestasi kerja dan kos yang tidak dijangka.
#COVID-19 #long COVID #kesan jangka panjang #Universiti Oxford
;