London adakan larian amal pertama sejak sekatan dimansuhkan
Astro Awani
Ogos 2, 2021 08:56 MYT
Ogos 2, 2021 08:56 MYT
LONDON mengadakan acara larian buat kali pertama pada Ahad, sejak bermulanya wabak COVID-19 awal tahun lalu.
Seramai 12,500 peserta mengambil bahagian dalam acara itu yang diadakan secara besar-besaran sejak sekatan pergerakan dimansuhkan pada 21 Julai.
Acara dikenali sebagai London Landmarks bertujuan antara lain bagi mengumpul jutaan pound untuk tujuan amal.
Mereka melakukan larian melalui laman ikonik seperti Big Ben, Gereja St Paul dan Menara London.
Sebilangan peserta mengenakan kostum berwarna-warni dengan memberi penghargaan kepada Spice Girls, perkhdmatan bomba dan mercu tanda yang dilalui mereka.
Acara itu berjaya mengumpul lebih lima juta pound untuk tujuan amal.
Bagaimanapun menurut penganjur, beberapa peraturan COVID-19 masih dikenakan kepada orang ramai dalam acara berkenaan.