Lombok bergegar lagi, angka korban dijangka terus meningkat
Agensi
Ogos 10, 2018 08:07 MYT
Ogos 10, 2018 08:07 MYT
Lombok digegar gempa sekali lagi.
Gegaran susulan terbaharu bermagnitud 6.2 itu mencetuskan panik dalam kalangan penduduk di pulau pelancongan itu yang masih lagi terkesan pasca gempa Ahad lalu.
Ribuan penduduk lari meninggalkan kediaman ketika usaha mencari dan menyelamat mangsa gempa empat hari lalu masih diteruskan.
Gegaran terbaharu itu berlaku ketika angka kematian rasmi dilaporkan meningkat kepada 319 mangsa.
Perkara itu disahkan oleh pegawai kanan keselamatan Indonesia, Wiranto.
Ini merupakan gegaran ketiga terkuat melanda pulau pelancongan popular itu dalam tempoh seminggu.
Pihak berkuasa Indonesia menjangkakan angka kematian terus meningkat susulan gempa terbaharu itu.