Lokasi penginapan sukarelawan di Turki dibom pengganas, 30 maut

Agensi
Julai 20, 2015 15:30 MYT
Orang ramai cuba menolong mereka yang tercedera akibat letupan bom di sebuah pusat kebudayaan di bandar Suruc pada Isnin. - Foto EPA
Sekurang-kurangnya 30 orang maut dalam serangan berani mati di bandar Suruc, Turki, berhampiran sempadan Syria pada Isnin.
Serangan keganasan ini berlaku di sebuah pusat kebudayaan yang menempatkan lebih 300 sukarelawan anak muda.
Kementerian Dalam Negeri Turki tidak menolak kemungkinan ia merupakan sebahagian daripada siri serangan pengganas IS yang mensasarkan serangan di kawasan sempadan.
Bagaimanapun setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan ini yang turut menyaksikan berpuluh yang lain cedera.
Persekutuan Belia Sosialis (SGDF) mengesahkan 300 sukarelawannya yang menginap di pusat kebudayaan itu terlibat dalam pembangunan semula wilayah Kobani, Syria yang menjadi lubuk pertempuran militan IS dan pejuang Kurdish sejak September lalu.
#IS #serangan Turki #Suruc #Syria