Loji Fukushima Daichi mencatatkan peningkatan tahap radiasi

Astro Awani
September 2, 2013 00:26 MYT
Loji Fukushima Daichi di Jepun mencatatkan peningkatan tahap radiasi di sekitar loji berkenaan sebanyak 18 kali ganda. Perkembangan ini sekaligus mendedahkan kesukaran pengendali operator, Tepco, menangani krisis nuklear yang sudah berlarutan lebih dua tahun.
Menurut Tepco, paras radiasi seribu 800 millisivert sejam yang dikesan di loji tersebut, mampu membunuh seseorang yang terdedah kepada pencemaran itu dalam tempoh empat jam.
Paras radiasi tinggi itu dikesan di bawah salah satu daripada tangki simpanan.
22 Ogos lalu Tepco merekodkan bacaan 100 millisivert sejam di loji yang sama.
Berdasarkan undang-undang Jepun, tahap selamat paras radiasi adalah 50 millisivert sejam bagi loji yang beroperasi pada waktu normal.
Pencemaran radiasi di loji Fukushima didedahkan bulan lalu.
Sehingga kini, Tepco mengakui tidak menemui jalan mengekang pencemaran daripada terus berlaku. Namun Tepco tidak menolak untuk mendapatkan pakar asing, bagi membantu.
Pentadbiran Tokyo juga memberi bayangan kemungkinan besar menggunakan 3.6 juta dolar dari dana kecemasannya untuk membiayai usaha pembersihan kawasan di sekitar loji Fukushima.
#Fukushima #Jepun #loji #radiasi