Lintah bulan merah jambu ditemui di Australia!
Sinar Harian
Januari 30, 2020 15:02 MYT
Januari 30, 2020 15:02 MYT
Spesies lintah bulan berwarna merah jambu yang hanya terdapat di sebuah gunung di Australia terselamat dalam kebakaran hutan dahsyat yang memusnahkan sebahagian besar habitatnya.
Menurut laporan CNN, makhluk unik itu tinggal di lereng gunung berapi tidak aktif, Gunung Kaputar di New South Wales (NSW).
Selepas hujan baru-baru ini, renjer dari Taman Negara NSW dan Perkhidmatan Hidupan Liar menemui kira-kira 60 lintah bulan Gunung Kaputar yang masih hidup.
"Ia mungkin tidak secomel koala atau walabi, tetapi spesies itu juga memainkan peranan penting dalam ekosistem," kata organisasi itu dalam perkongsian di Facebook.
Lintah bulan Gunung Kaputar berukuran sehingga 20 sentimeter kebanyakannya tidak diketahui sehingga 2013 apabila ia dikenali sebagai spesies baharu.
Menurut penyelidik kanan malacology di Muzium Australia, Frank Kohler, Taman Negara Gunung Kaputar adalah rumah kepada kira-kira 20 spesies endemik lintah bulan dan siput.
"Ini adalah berita baik kerana penemuan spesies itu memberi harapan kesan kebakaran mungkin tidak sebesar yang kita fikirkan," katanya. - Agensi
#Australia
#Facebook
#Frank Kohler
#Gunung Kaputar
#lintah bulan
#media sosial
#Muzium Australia
#New South Wales
#Perkhidmatan Hidupan Liar
#spesies terlarang
#Taman Negara NSW