LinkedIn tawar ciri pemesejan AI

Amanz
Februari 7, 2024 16:57 MYT
Ciri ini boleh digunakan pada aplikasi mereka sama ada Android atau iOS, khusus untuk pelanggan pelan Premium mereka sahaja. -Amanz
LINKEDIN adalah platform media sosial untuk golongan profesional. Ia adalah tempat di mana orang ramai mencari kerja atau syarikat merekrut pekerja.
Walaupun begitu, LinkedIn tidak ketinggalan dalam trend teknologi terkini kerana baru-baru ini mereka telah menyertakan ciri pemesejan dengan AI generatif.
Ciri ini boleh digunakan pada aplikasi mereka sama ada Android atau iOS, khusus untuk pelanggan pelan Premium mereka sahaja.
Sistem AI LinkedIn ini akan membaca profil kedua-dua pihak dan boleh terus menjawab soalan berkaitan. Sama ada ingin memperkenalkan diri atau bertanya soalan mengenai syarikat atau pengalaman bekerja.
LinkedIn turut menyatakan yang setiap mesej akan disimpan di dalam draf sebelum dihantar untuk pengguna semak kesahihan data.
Seperti yang kita tahu, AI generatif kadangkala boleh memberikan maklumat yang tidak tepat.
LinkedIn berhasrat ciri pemesejan AI ini dapat menghubungkan lebih ramai orang. Tahun 2023, mereka mencatat 5 bilion orang berjaya dihubungkan. -Amanz
#LinkedIn #AI Generatif #pelanggan pelan Premium #golongan profesional
;