Limpahan cahaya sambut delegasi ASEAN di Busan

Rahimah Abdullah
November 22, 2019 21:47 MYT
Limpahan cahaya menerangi malam di Busan, Korea Selatan. - Foto Astro AWANI/Rahimah Abdullah
Limpahan cahaya menerangi malam di Busan, Korea Selatan sempena ASEAN-ROK Commemorative Summit 2019 yang bermula minggu ini.
Antaranya, Pantai Haeundae dilimpahi dengan dekorasi lampu LED yang turut menarik tumpuan pengunjung yang datang.
Orang ramai turut tertarik dengan ombak LED berwarna biru yang seakan-akan ‘hidup’ dan mencuri perhatian mereka yang berkunjung.
Pantai Haeundae merupakan antara lokasi popular di Busan dan sentiasa menyajikan persembahan menarik setiap kali terdapat acara-acara rasmi diadakan.
Malaysia adalah antara negara ASEAN yang bakal menyertai ASEAN-ROK Commemorative Summit 2019 yang dijangka berlangsung pada 25 dan 26 November.
Selain itu, Korea Selatan adalah negara pertama yang menjadi tuan rumah sidang kemuncak di wilayahnya sebanyak 3 kali.
Ia kemudian akan turut disusuli dengan Mekong-ROK Summit yang pertama kali bakal diadakan pada 27 November.
#ASEAN #ASEAN-ROK Commemorative Summit #Busan #Korea Selatan #lampu LED #limpahan cahaya #Malaysia #Mekong-ROK Summit #Pantai Haeundae #tuan rumah
;