Lima terkorban serangan nekad di Lubnan
Agensi
Jun 27, 2016 00:17 MYT
Jun 27, 2016 00:17 MYT
Sekurang kurangnya lima orang maut dalam serangan nekad di timur laut Lubnan.
Kejadian awal pagi isnin itu berlaku di Qaa, perkampungan Kristian yang terletak hanya beberapa ratus meter dari sempadan Syria.
Serangan dikatakan dilakukan tiga pengebom bunuh diri.
Menurut saksi saspek dilihat memasuki kampung berkenaan dalam keadaan mencurigakan sekitar jam empat pagi waktu tempatan.
Ketika pengawal keselamatan yang terdiri daripada orang awam menegur suspek mereka bertindak melontar bom tangan sebelum meletupkan diri sendiri di tengah khalayak ramai.
Setakat ini, 15 orang lagi dilaporkan cedera.
Namun, belum ada pihak mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan.