Lima terkorban pesawat ringan terhempas di Louisiana
Agensi
Disember 28, 2019 05:59 MYT
Disember 28, 2019 05:59 MYT
SEBUAH pesawat ringan terhempas di tempat letak kereta pejabat pos di Louisiana, Amerika Syarikat pada Sabtu, mengakibatkan sekurang-kurangnya lima terbunuh.
Pesawat Piper Cheyenne itu yang dalam perjalanan ke Atlanta, terhempas di bandar Lafayette, kira-kira 1.6 kilometer dari lapangan terbang.
Menurut Ketua Jabatan Bomba Lafayette, Robert Benoit, pesawat itu membawa lapan penumpang dan seorang juruterbang.
Mangsa yang terkorban berusia antara 15 dan 59 tahun, termasuk juruterbang pesawat.
Sementara itu, empat mangsa yang cedera termasuk dua pekerja pejabat pos berada dalam keadaan kritikal dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Setakat ini, punca sebenar nahas masih belum diketahui.
#Amerika Syarikat
#Hospital
#Juruterbang
#Lafayette
#Louisiana
#Nahas
#pejabat pos
#pesawat
#terhempas