Lima terkorban, 16 cedera letupan gas di Algeria

Agensi
Oktober 11, 2020 10:02 MYT
Sekurang-kurangnya lima terkorban, sementara 16 yang lain cedera dalam kejadian letupan gas di bandar El Bayadh, Algeria barat. -Gambar hiasan
ALGIERS: Sekurang-kurangnya lima terkorban, sementara 16 yang lain cedera dalam kejadian letupan gas di bandar El Bayadh, Algeria barat.
Pihak pertahanan awam memaklumkan dua buah rumah turut musnah dan enam lagi mengalami kerosakan dalam kejadian pada Sabtu itu.
Memetik sumber, media tempatan mendakwa letupan dipercayai berlaku ketika saluran paip yang menyalurkan gas ke kawasan tersebut rosak ketika kerja pembinaan.
Susulan insiden tersebut, Presiden Algeria, Abdelmadjid Tebboune mengarahkan Menteri Kesihatan, Tenaga dan Pengangkutan negara itu menjalankan siasatan berhubung letupan itu.
#Algeria #El Bayadh #Abdelmadjid Tebboune #saluran paip gas #letupan gas
;