Lima terbunuh akibat runtuhan di lombong arang batu di Jharkhand, India

Bernama
Februari 2, 2022 23:14 MYT
Sekurang-kurangnya lima orang maut dalam kejadian runtuhan di lombong arang batu terbiar di negeri Jharkhand, timur India. - Gambar REUTERS
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya lima orang maut dalam kejadian runtuhan di lombong arang batu terbiar di negeri Jharkhand, timur India.
Dalam kejadian itu seorang lelaki dan empat wanita maut ketika sedang mengumpul arang batu, milik Coal India Ltd, di wilayah Dhanbad pada Selasa, lapor media tempatan.
"Beberapa pelombong arang batu dari kawasan berhampiran ke tempat seperti itu setiap hari. Dan kebanyakannya adalah wanita," ketua pegawai kanan polis Dhanbad, Sanjeev Kumar dipetik sebagai berkata dalam satu laporan.
Jharkhand antara negeri termiskin di India tetapi menyumbang kira-kira 40 peratus sumber mineral negara.
Menjadi kebiasaan bagi rakyat miskin dan pelombong haram mengumpul arang batu atau bahan lain dari tapak perlombongan berbahaya, dan sering ditimpa kemalangan.
-- BERNAMA
#runtuhan #lombong arang #Jharkhand #India #Coal India Ltd
;