Lima tentera India maut selepas kenderaan terjunam dalam gaung di Kashmir
Bernama
Disember 25, 2024 10:40 MYT
Disember 25, 2024 10:40 MYT
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya lima tentera India maut manakala lima lagi cedera selepas kenderaan mereka terjatuh ke dalam gaung di wilayah Jammu dan Kashmir pada Selasa.
Trak tentera yang terlibat dalam kemalangan itu adalah sebahagian daripada konvoi enam kenderaan, lapor media tempatan, memetik kenyataan tentera.
Kejadian berlaku di kawasan Poonch berhampiran Garisan Kawalan (Line of Control) yang memisahkan wilayah Kashmir antara India dan Pakistan.
Mayat kelima-lima mangsa ditemukan di dasar gaung sedalam kira-kira 300 kaki.
-- BERNAMA