Lima tahun 'bercinta' dengan pesawat Boeing
Sinar Harian
Oktober 15, 2019 05:33 MYT
Oktober 15, 2019 05:33 MYT
Seorang wanita dari Berlin, Jerman mengaku menjalin hubungan 'cinta' dengan pesawat penumpang Boeing 737-800.
Michele Kobke, 30 tahun, berkata, dia jatuh cinta dengan pesawat model terbabit yang digelarnya 'Schatz' atau sayang sejak lima tahun lalu.
“Pada saya pesawat 737-800 amat menarik dan seksi. Ia dibina dengan cantik dan merupakan pesawat yang elegan," kata Kobke yang turut memiliki model pesawat itu di rumah.
Mengakui hubungan dengan pesawat kesayangannya itu tidak mudah, Köbke berkata, dia hanya boleh berada dekat dengan 'kekasihnya' sewaktu penerbangan atau sekiranya dibenarkan berada dalam hangar, peristiwa yang hanya pernah berlaku sekali dalam hidupnya.
Menurut Kobke, dia mula menyukai pesawat ketika menaiki penerbangan pertamanya pada tahun 2013.
Pada tahun berikutnya, Kobke jatuh cinta pandang pertama setelah menaiki sebuah pesawat Boeing 737-800.
Memiliki obsesi dikenali sebagai 'objectophilia' Kobke berharap dia akan dapat mengahwini 'kekasih kesayangannya'. - Agensi