Lima pesakit COVID-19 maut dalam kejadian kebakaran di hospital Rusia
Agensi
Mei 12, 2020 23:52 MYT
Mei 12, 2020 23:52 MYT
Lima pesakit COVID-19 yang sedang menerima rawatan menggunakan mesin ventilator di sebuah hospital di St Petersburg maut selepas Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital itu terbakar.
Kebakaran yang berlaku di Hospital St George itu berjaya dipadamkan dalam masa setengah jam.
Berdasarkan siasatan awal, kebakaran tersebut tercetus akibat kerosakan pada mesin ventilator.
Menurut Ketua Bahagian Kecemasan hospital tersebut, 15 pesakit berjaya dikeluarkan dari wad itu.
Susulan kejadian itu, pihak berkuasa St Petersburg melancarkan siasatan jenayah kebakaran.
Ini bukanlah kes pertama kejadian kebakaran di hospital yang merawat pesakit COVID-19 di Rusia.
Sabtu lalu, kebakaran yang tercetus di Hospital Spasokukotsky turut menyebabkan satu kematian.