ATHENS: Sekurang-kurangnya lima pelancong meninggal dunia di Greece dan yang lain hilang ketika suhu meningkat tinggi, menurut agensi berita Jerman (dpa) yang memetik laporan media.
"Ramai pelancong tersilap menilai usaha yang diperlukan untuk berjalan dalam pancaran langsung cahaya matahari," kata pakar kardiologi Athens Dr Thomas Giannoulis.
"Suhu boleh meningkat hingga 37 darjah di tempat teduh dan mudah mencapai 60 darjah di bawah sinar matahari. Ini meningkatkan risiko penyahhidratan serta strok haba dan bahaya ini meningkat apabila umur seseorang semakin tua," katanya lagi.
Kesemua yang meninggal dunia atau hilang adalah pelancong berusia antara 55 hingga 80 tahun. Kes pertama melibatkan seorang wartawan British berusia 67 tahun yang hilang di Simi, di luar pantai Turkiye pada awal Jun dan mayatnya dijumpai beberapa hari kemudian.
Beliau telah tersasar dari laluan dan rebah di tempat yang sukar untuk pasukan mencari menemuinya, lapor pihak berkuasa tempatan.
Dua lagi meninggal dunia di Crete. Seorang lelaki berusia 80 tahun yang berjalan sendirian dan seorang lelaki berusia 70 tahun yang rebah di pantai dan meninggal dunia.
Di Mathraki, sebuah pulau kecil di barat Corfu, seorang warganegara Amerika Syarikat (AS) berusia 55 tahun meninggal dunia semasa keluar berjalan. Di Samos, di luar pantai Turkiye, mayat seorang lelaki Belanda berusia 74 tahun ditemukan beberapa hari selepas beliau keluar berjalan sendirian.
Di Cyclades, seorang rakyat AS telah hilang di Amorgos selama lebih seminggu selepas beliau pergi berjalan dan dua wanita warga emas Perancis hilang selepas berjalan di Sikinos minggu lepas.
Menurut laporan akhbar Greece, beberapa mangsa keluar sejurus selepas makan tengah hari dan meminum alkohol. Yang lain tidak membawa peta atau telefon pintar, atau berada di kawasan yang sukar diakses kerana ketiadaan isyarat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 18 2024

Pelancong berdepan risiko penyahhidratan serta strok haba dan bahaya itu meningkat apabila umur seseorang semakin tua. - Reuters

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

'Awang Kundur' jadi tarikan pengunjung di Karnival Jerami Kedah 2025
Pihaknya ingin mengetengahkan konsep tradisional dalam pertanian zaman dahulu dan kerbau merupakan haiwan yang digunakan untuk membajak sawah.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

2 juta pengunjung dijangka banjiri Kuil Batu Caves sempena Thaipusam, meningkat 20 peratus
Dua juta penganut agama Hindu dan pengunjung dijangka membanjiri Batu Caves sempena perayaan Thaipusam yang bakal disambut pada Selasa ini, menyaksikan peningkatan sehingga 20 peratus.

Masalah dengan kekasih punca pelancong asing jatuh bangunan - Polis
Masalah dengan kekasih dipercayai punca seorang pelancong asing terjatuh dari tingkat tujuh sebuah bangunan pusat membeli-belah di Persiaran Gurney, di sini, semalam.

Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.

Laos terima lebih empat juta pelancong pada 2024
Laos menerima lebih empat juta pelancong pada tahun lalu dengan peningkatan hampir satu juta pelawat berbanding tahun 2023.

New Zealand longgar peraturan visa benar pelawat bekerja sambil melancong
Ia dalam usaha terbaru untuk meningkatkan pelancongan dan pertumbuhan ekonomi.

KPDN Melaka rekod 50 kes kesalahan dalam tempoh 23 hari
Sebanyak 50 kes melibatkan pelbagai kesalahan di bawah akta kepenggunaan dengan denda berjumlah RM34,000 direkodkan dalam tempoh 23 hari bermula 1 Jan lepas.

1.4 bilion orang mengembara rentas negara pada 2024 - UNWTO
Perkembangan itu menandakan pemulihan kukuh bagi industri pelancongan global selepas pandemik COVID-19.