Lima papan telur sebagai ganjaran 'Man of the Match'

Agensi
Januari 20, 2023 16:21 MYT
Apa yang menjadi buah mulut ialah hadiah yang diterima Musonda sebagai ganjaran Man of the Match, iaitu lima papan telur. - Twitter/TrollFootball
SEORANG pemain bola sepak yang beraksi dalam Liga Super Zambia, Kennedy Musonda, membantu kelabnya, Power Dynamos mencatat kemenangan 1-0 dalam satu perlawanan.
Gol yang dijaringkannya membantu kelab Power Dynamos mendapat tiga mata penting.
Dan seperti liga bola sepak lain, Musonda dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan dan menerima ganjaran.
Namun apa yang menjadi buah mulut ialah hadiah yang diterima Musonda sebagai ganjaran Man of the Match, iaitu lima papan telur ayam.
Perlawanan antara Power Dynamos menentang Nkana berlangsung pada November lalu namun ia baru menjadi topik perbualan selepas gambarnya dimuat naik akaun Twitter Troll Football.

A footballer was given 5 crates of egg as the man of the match award. pic.twitter.com/2GdCZqsnVR

— Troll Football (@TrollFootball) January 18, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beberapa platform media sukan antarabangsa dan peminat bola sepak mengkritik bentuk ganjaran yang diberikan itu.
Namun Musonda tidak terkesan, sebaliknya berterima kasih atas hadiah tersebut.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada jurulatih dan pengurusan dan saya juga ingin mendedikasikan telur ini kepada salah seorang penyokong kami yang meninggal dunia baru-baru ini," katanya.
#bola sepak #kennedy musonda #Zambia #telur
;