Lima negara baharu dipilih anggotai Majlis Keselamatan PBB

Astro Awani
Jun 7, 2024 10:00 MYT
Denmark menerima 184 undi, Greece dan Pakistan 182 undi, Panama 183 undi dan Somalia 179 undi. - Foto fail/REUTERS
NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) memilih lima lagi negara untuk menganggotai Majlis Keselamatan bagi tempoh dua tahun bermula 1 Januari 2025.
Negara berkenaan adalah Denmark, Greece, Pakistan, Panama dan Somalia.
UNSC dalah satu-satunya badan yang boleh membuat keputusan yang mengikat secara sah.
Ini termasuk mengenakan sekatan dan kebenaran menggunakan kekerasan.
10 anggota asal dilantik pada majlis itu, sementara lima anggota baharu akan dipilih setiap tahun.
Lima negara baharu ini akan menggantikan Ecuador, Jepun, Malta, Switzerland dan Mozambique.
Kerusi anggota diperuntukkan berdasarkan kumpulan serantau untuk memastikan ia mewakili kepentingan semua negara.
Walaupun calon tidak dibantah oleh kumpulan negara serantau, mereka masih perlu mendapat sokongan dua per tiga daripada Perhipunan Agung.
Denmark menerima 184 undi, Greece dan Pakistan 182 undi, Panama 183 undi dan Somalia 179 undi.
#UNGA #UNSC #PBB #negara baharu
;