Lima maut, termasuk kanak-kanak, jiran mengamuk di Texas

Astro Awani
April 29, 2023 06:40 MYT
Sherif San Jacinto County, Creg Capers berbincang dengan pegawai penyiasat di tempat kejadian di mana lima individu ditembak mati. - Foto AP
TEXAS: Lima orang dilaporkan maut dalam insiden pertengkaran antara jiran di sebuah kawasan perumahan di Cleveland, Texas, Amerika Syarikat (AS).
Menurut polis Texas, mereka percaya seorang lelaki membunuh lima jirannya itu selepas berlaku pertengkaran susulan suspek sedang berlatih menembak menggunakan senjata separa automatik di kawasan kejiranan berkenaan.
Kesemua mangsa berasal dari Honduras.
Mangsa yang maut antaranya, seorang kanak-kanak berusia lapan tahun.
Lain-lain mangsa, dua wanita yang ditemui terbaring di atas dua kanak-kanak yang masih hidup.
Kejadian dilaporkan berlaku lewat malam Jumaat.
Menurut laporan polis, kesemua mangsa ditembak di bahagian leher dan ke atas dengan sasarannya pada bahagian kepala.
Suspek dipercayai warga Mexico iaitu Francisco Oropez yang merupakan seorang pelarian.
#tembakan #pertengkaran antara jiran #senjata separa automatik #pelarian
;